Khamis, 19 Mac 2009

Perkenalan AZRAD CATERING SERVICES

Azrad Catering Services telah berpengalaman lebih 25 tahun dalam menyelenggarakan catering, kantin serta restoran. Azrad Catering Services telah mula bertapak sejak tahun 1986, bermula secara kecil-kecilan dari tender kantin di Kelab Kilat LLN (kini lebih dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad) dari tahun 1987-1990. Pada tahun 1990-1993 pula Azrad Catering Services telah menyelenggarakan kantin Sekolah Menengah Meru dengan bilangan murid seramai 2800 orang, pada sesi pagi dan petang beserta guru dan staf seramai 285 orang.

Selain itu, Azrad Catering Services juga mempunyai bidang kerja yang memuaskan, serta mempunyai tenaga kerja yang berpengalaman dalam bidang ini. Azrad Catering Services juga mempunyai pengalaman dalam membuat expo perdagangan. Tidak keinggalan juga Azrad Catering Services sering kali mengikuti pesta-pesta keramaian, carnival dan lain-lain. Azrad Catering Services sering menyertai karnival seperti Jom Heboh bersama TV3, Karnival AADK, konvokesyen-konvokesyen, Pesta Air, pesta memancing bersama Berita Harian dan lain-lain.

Sepanjang penglibatan dalam bidang perniagaan, Azrad Catering Services telah banyak menerima banyak tempahan katering samaada dalam majlis rasmi mahupun tidak rasmi. Selain itu, Azrad Catering Services juga banyak menerima tempahan catering untuk perkahwinan, jabatan kerajaan, PBT dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan